Hai semua selamat datang ke blog Homestay Murah Al Qarni Seri Manjung, Perak. Homestay ini baru 2 bulan beroperasi. Wah, sudah tentunya kelengkapan di homestay ini serba baru.
Pintu gerbang ke Homestay Al Qarni Seri Manjung.. ewahh
Ruang depan atau ruang parking.. Boleh parking kat sini
Homestay Al Qarni Seri Manjung menyediakan 3 bilik tidur dengan bilik tidur utama yang super duper besarnya.. boleh muat 3 katil queen... wahhhhh besar tu. 2 bilik tidur berhawa dingin & kipas manakala bilik tidur ketiga 2 single bed hanya menggunakan kipas. Bukan pihak homestay taknak sediakan penghawa dingin untuk setiap bilik, tetapi ada juga di kalangan tetamu yang tidak boleh tidur dengan penghawa dingin.. maka bilik inilah yang menjadi pilihan.
Ini bilik tidur utama kami yang super duper besarnya..
1 keluarga pun leh tido lam bilik ni
Ini bilik tidur kedua.. agak selesa masih ada ruang kalau anak-anak kecil yang tidur sebilik tu.. masih ada ruang untuk solat
Ini bilik ketiga.. agak selesa dengan 2 katiil single dan almari solek
Homestay Al Qarni menawarkan 2 ruang tamu kepada para pelanggan. Ruang tamu utama dan ruang tamu kedua (ruang menonton atau ruang keluarga). Ruang tamu utama boleh dijadikan ruang berbincang dan ruang membaca, manakala ruang tamu kedua ruang untuk santai-santai bersama keluarga.
Ruang tamu utama kami, ada disediakan rak buku dan bahan bacaan di belakang pintu.
Ok, selain itu Homestay Al Qarni menyediakan ruang dapur yang luas beserta ruang makan yang selesa. Peralatan kelengkapan untuk memasak juga disediakan. Kite takyah panjang cerita, tengok gambar kat bawah ni hehehe
Keseluruhan ruang dapur
Ruang untuk memasak.. kabinet penuh
Ruang makan
Kat sini temppat nak tunjuk skill memasak hehehe.. sambil masak leh cermin tengok muka.. bekilat dapur hehehe
Apa lagi ye.. mmmmm ooo ye tandas. Homestay Al Qarni mempunyai 2 bilik tandas yang mana kedua-duanya boleh mandi & melepaskan hajat hehee. Xyah gambo la ye..
Hhmmm apa lagi ye.. Oh ye kalau dah berjalan ke Seri Manjung ni mestila nak tahu tempat menarik kat sini ye..
Untuk pengetahuan anda semua Seri Manjung adalah Perbandaran di bawah Majlis Perbandaran Manjung. Manjung adalah kawasan bandar dan juga perumahan. Jiran terdekat Bandar Seri Manjung adalah Lumut & Sitiawan.
Apa yang menarik di Bandar Seri Manjung.. ok jom kita tengok
1. AEON Mall Seri Manjung.. besar juga mallnya penat juga la kaki nak pusing habis mall ni. Daya tarikan utama AEON Mall Seri Manjung adalah Kaison hehehe ramai yang suka ke Kaison ni macam-macam barang yang cantik-cantik untuk hiasan rumah dijual di sini.
Kaison. Memang rambang mata kalau masuk ke sini
2. TESCO juga terdapat di Seri Manjung hanya 5 minit dari homestay kami. Agak besar juga TESCO ni. Boleh bawa family untuk jalan-jalan shoping di sini.
3. Pasararaya Besar GIANT. Pasaraya GIANT juga hanya 5 minit dari homestay. Pasaraya GIANT boleh diekses dengan kerusi roda sepenuhnya kerana hanya setingkat sahaja.
4. Antara pasaraya lain yang terdapat di Seri Manjung untuk membeli belah adalah:
a. Billion b. TF Mart c. Rapid
Sekarang kita ke Lumut jiran terdekat Bandar Seri Manjung. Lumut juga dikenali sebagai BandarTentera Laut, Pelancongan dan Maritim. Ini adalah kerana Pangkalan TLDM Lumut terletak di Bandar Lumut. Tarikan utama di Lumut adalah pantainya..
a. Pantai Teluk Batik. Tempat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Pantainya yang cantik dan sesuai untuk mandi manda dan berkelah. Suasana yang tenang amat sesuai untuk melepaskan tension kerja sehari-hari. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini.. ada yang berkelah, mandi manda, memancing, banana boat, ski, boat pusing pulau dan yang terbaru flying fish. Moh ler menginap di Homestay Al Qarni leh ke Teluk Batik.


b. Lumut Waterfront. Tempat untuk keluarga beriadah. Ambil angin petang hari.. Sekarang Lumut Waterfront makin meriah dengan kehadiran para peniaga yang meniaga sepanjang jalan. Tempat ini menjadi makin meriah pada malam harinya terutama pada malam minggu dan juga malam cuti sekolah. Kalau bernasib baik boleh tengok live show buskers di sini.

c. Marina Wing Lumut. Satu lagi tempat yang menarik harus anda kunjungi jika ke Lumut. Anak-anak tentu gembira di sini.. boleh makan-makan, main-main dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini. Tak yah banyak citer tengok je gambar-gambar ni:



d. Jeti Pulau Pangkor. Jika anda berminat nak ke Pulau Pangkor inilah jetinya. Anda akan beli tiket di sini, harga tiket tak mahal hanya RM10.00 shj untuk perjalan feri pergi dan balik. Perkhidmatan feri setengah jam sekali tapi kalau musim cuti sekolah perkhidmatan feri dipercepatkan ke 15 minit sekali. Naik feri ke Pulau Pangkor hanya makan masa selama 20 - 30 minit sahaja. Kalau anda taknak bermalam di Pangkor pun boleh pergi balik hari.

e. Marina Islands. Tak pernah dengar nama tempat ni? Haaa.. meh sini teman nak kabo.. Marina Islands ni adalah pulau buatan. Kawasan laut yang ditambak menjadi pulau. Macam2 ada kat pulau ni.

Kat sini pun leh naik bot untuk ke Pulau Pangkor. Perjalannya lagi singkat hanya 10 minit sahaja.
Ini pemandangan di jambatan untuk ke Marina Islands memang cantik tempat ni.

Frenzy Waterpark Marina Islands.. sangat rare memang xde kat tempat lain..
moh ler ke sini
Ok ler sampai sini dulu la yer untuk kali ni.. lain kali kite jumpa lagi kite citer lagi tempat-tempat menarik yang berhampiran dengan Homestay Al Qarni... Moh ler teman-teman menginap di homestay teman ni... teman jamin kome-kome pueh hati
Tiada ulasan:
Catat Ulasan