Assalamualaikum semua.. Betemu kita lagi di blog Homestay Murah Al Qarni Manjung. Macam teman kata itu hari la ye.. kita sambung lagi tempat menarik kat Manjung ni.. mmm kita nak ke mana dulu ye. Kite ke Marina Water Park dulu la ye.. jom layan
a. Marina Water Park. Tempat ni memang sesuai beno ler kalau anda semua nak bawa anak-anak mandi.. Ada tempat yang cetek & ada juga tempat yang dalam. Kolam air masin pun ada juga kat sini kalau tak nak mandi kat laut. Kolam yang ada pasir pun ada juga kot2 takut anak mandi laut kan leh main pasir kat sini je. Bayaran masuk pun murah tak sampai RM10 untuk dewasa.. mana nak dapat yeop tempat lain.. moh nengok gambonye

Waktu operasinya

Ni kawasan cetek.. untuk anak-anak kecil.. dasarnya berpasir.. budak-budak kan suka main pasir xyah bawak ke pantai pun leh main pasir kat sini je
Leh ler try gelungsur air kat sini.. seronok juge

Pemandangan dari atas.. ini ler luas kawasannya

Taman permainan kanak-kanak juga ada disediakan.. lepas puas berendam leh main kat sini pula
b. Pantai Teluk Senangin. Pantai Teluk Senangin juga antara pantai yang menjadi pilihan untuk pelancong yang bertandang ke Manjung. Jauhnya lebih kurang 20 minit drive dari homestay. Kat sini pantainya landai, banyak pokok yang rendang, kalau nak berkelah ada anak kecil boleh bawak buaian anak gantung kat pokok-pokok je. Nak pacak khemah pun boleh, free je yeop xyah bayo. Masalah parking kereta jauh? Xpayah jalan kaki jauh-jauh... kereta leh parking tepi pantai je.. nak beklah memang best kat sini

Deretan pokok-pokok redup kalau nak berkelah

Bawah pokok ni ler teman sekeluarga selalu berkelah, bbq siap pacak khemah lagi.. bawak bantal pulak aduh memang lelap la mata kene angin laut

Kepada kaki pancing.. sini memang port orang memancing ler.. leh try skill kat sini pulak

Redupkan.. anak-anak nak main pasir pun redup xriso hitam ler kene panas hehehe
c. Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu. Tempat ni terletak di Segari lebih kurang 20 minit dari Homestay Al Qarni. Kalau nak tengok penyu secara live tak yah pergi jauh-jauh yeop kat Segari pun ada. Nak tengok dari telur sampai ke penyu dewasa ada kat sini. Penyu sakit pun ada diletakkan di sini. Leh pegang anak-anak penyu yang comel-comel belaka tu. Kalau bernasib baik, staf tengah cuci kolam penyu leh minta izin masuk kolam begambo ngan penyu. Terdapat beberapa spesis penyu kat sini.. penyu sakit pun ada kat sini juga.. Bukan senang nak nengok tu.. Bayaran masuk murah sesangat.. RM3.00 je x silap teman.. moh nengok gambonye

Main entrancenye.. tempat peveret begambo ni

Comelkan anak-anak penyu ni


Kolam penyu dewasa sedang dibersihkan

Penyu-penyu remaja hehehe
Macam-macam ada kat Manjung ni.. moh ler teman-teman bercuti ke Manjung sempena Tahun Melawat Perak 2017 dan menginap di Homestay Al Qarni.. murah dan selesa yeop.. x caya cer terai dulu.. kompom pueh hati punye.. Nanti kite citer lagi ye jumpa lagi ye yeop
Tiada ulasan:
Catat Ulasan