Jumaat, 29 September 2017

Assalamualaikum bertemu lagi kita.  Kali ni teman nak kabo alhamdulilah rezeki Allah teman dah buka cawangan Homestay Murah Manjung 2.  Kalau 1 penuh teman ada lagi 1 homestay untuk kawan2 semua.  Homestay ni baru je siap kelmarin.  Rezeki Allah datang tak diduga.. siap2 je ada orang nak masuk.. Alhamdulilah

Toksah citer panjang ni ler gamba2 Homestay Murah Manjung 2 yang sempat teman snap.  Tak siap abis lagi ni.. insya Allah penyewa ni keluar teman touch up lebih sikit.. bagi tebal skit foundationnye heheeh

Ni ruang tamunya.. Leh lepak baring2 sambil tengok tv

Ruang tamu ni teman bahagiakan dua ruang sapa xmo tengok tv 
leh ler borak2 kat belakang tu

Ruang dapur yang serba ringkas.. semua perkakas dapur teman 
simpan dalam almari.. idakla nampak bersepah

Ni ruang makan.. nampak kosong sebab langsir tengah x sempat pasang lagi

Bilik utama kami (ada aircond)

Bilik kedua

Bilik ketiga

Moh ler kawan2 bercuti ke Manjung/ Lumut.  Kalau datang ke sini jangan lupa telepon teman ye.

Isnin, 14 Ogos 2017

Assalamualaikum semua.. Betemu kita lagi di blog Homestay Murah Al Qarni Manjung.  Macam teman kata itu hari la ye.. kita sambung lagi tempat menarik kat Manjung ni.. mmm kita nak ke mana dulu ye.  Kite ke Marina Water Park dulu la ye.. jom layan

a.  Marina Water Park.  Tempat ni memang sesuai beno ler kalau anda semua nak bawa anak-anak mandi.. Ada tempat yang cetek & ada juga tempat yang dalam.  Kolam air masin pun ada juga kat sini kalau tak nak mandi kat laut.  Kolam yang ada pasir pun ada juga kot2 takut anak mandi laut kan leh main pasir kat sini je.  Bayaran masuk pun murah tak sampai RM10 untuk dewasa.. mana nak dapat yeop tempat lain.. moh nengok gambonye
Hasil carian imej untuk marina water park
Waktu operasinya

Hasil carian imej untuk marina water park
Ni kawasan cetek.. untuk anak-anak kecil.. dasarnya berpasir.. budak-budak kan suka main pasir xyah bawak ke pantai pun leh main pasir kat sini je

Hasil carian imej untuk marina water park
Leh ler try gelungsur air kat sini.. seronok juge

Hasil carian imej untuk marina water park
Pemandangan dari atas.. ini ler luas kawasannya

Hasil carian imej untuk marina water park
Taman permainan kanak-kanak juga ada disediakan.. lepas puas berendam leh main kat sini pula



b.  Pantai Teluk Senangin.  Pantai Teluk Senangin juga antara pantai yang menjadi pilihan untuk pelancong yang bertandang ke Manjung.  Jauhnya lebih kurang 20 minit drive dari homestay.  Kat sini pantainya landai, banyak pokok yang rendang, kalau nak berkelah ada anak kecil boleh bawak buaian anak gantung kat pokok-pokok je.  Nak pacak khemah pun boleh, free je yeop xyah bayo.  Masalah parking kereta jauh?  Xpayah jalan kaki jauh-jauh... kereta leh parking tepi pantai je.. nak beklah memang best kat sini

Imej yang berkaitan
Deretan pokok-pokok redup kalau nak berkelah

Imej yang berkaitan
Bawah pokok ni ler teman sekeluarga selalu berkelah, bbq siap pacak khemah lagi.. bawak bantal pulak aduh memang lelap la mata kene angin laut

Hasil carian imej untuk teluk senangin perak
Kepada kaki pancing.. sini memang port orang memancing ler.. leh try skill kat sini pulak

Imej yang berkaitan
Redupkan.. anak-anak nak main pasir pun redup xriso hitam ler kene panas hehehe


c.  Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu.  Tempat ni terletak di Segari lebih kurang 20 minit dari Homestay Al Qarni.  Kalau nak tengok penyu secara live tak yah pergi jauh-jauh yeop kat Segari pun ada.  Nak tengok dari telur sampai ke penyu dewasa ada kat sini.  Penyu sakit pun ada diletakkan di sini.  Leh pegang anak-anak penyu yang comel-comel belaka tu.  Kalau bernasib baik, staf tengah cuci kolam penyu leh  minta izin masuk kolam begambo ngan penyu.  Terdapat beberapa spesis penyu kat sini.. penyu sakit pun ada kat sini juga.. Bukan senang nak nengok tu.. Bayaran masuk murah sesangat.. RM3.00 je x silap teman.. moh nengok gambonye

Hasil carian imej untuk pusat pemuliharaan penyu sgari
Main entrancenye.. tempat peveret begambo ni

Imej yang berkaitan
Comelkan anak-anak penyu ni

Imej yang berkaitan
Kolam penyu dewasa sedang dibersihkan

Imej yang berkaitan
Penyu-penyu remaja hehehe


Macam-macam ada kat Manjung ni.. moh ler teman-teman bercuti ke Manjung sempena Tahun Melawat Perak 2017 dan menginap di Homestay Al Qarni.. murah dan selesa yeop.. x caya cer terai dulu.. kompom pueh hati punye.. Nanti kite citer lagi ye jumpa lagi ye yeop

Khamis, 10 Ogos 2017

Homestay Al Qarni Seri Manjung Perak



Hai semua selamat datang ke blog Homestay Murah Al Qarni Seri Manjung, Perak.  Homestay ini baru 2 bulan beroperasi. Wah, sudah tentunya kelengkapan di homestay ini serba baru.  

                           Pintu gerbang ke Homestay Al Qarni Seri Manjung.. ewahh



Ruang depan atau ruang parking.. Boleh parking kat sini

Homestay Al Qarni Seri Manjung menyediakan 3 bilik tidur dengan bilik tidur utama yang super duper besarnya.. boleh muat 3 katil queen... wahhhhh besar tu.  2 bilik tidur berhawa dingin & kipas manakala bilik tidur ketiga 2 single bed hanya menggunakan kipas.  Bukan pihak homestay taknak sediakan penghawa dingin untuk setiap bilik, tetapi ada juga di kalangan tetamu yang tidak boleh tidur dengan penghawa dingin.. maka bilik inilah yang menjadi pilihan. 

                           Ini bilik tidur utama kami yang super duper besarnya.. 
                                     1 keluarga pun leh tido lam bilik ni


                  Ini bilik tidur kedua.. agak selesa masih ada ruang kalau anak-anak kecil                                         yang tidur sebilik tu.. masih ada ruang untuk solat


                                Ini bilik ketiga.. agak selesa dengan 2 katiil single dan almari solek


Homestay Al Qarni menawarkan 2 ruang tamu kepada para pelanggan.  Ruang tamu utama dan ruang tamu kedua (ruang menonton atau ruang keluarga).  Ruang tamu utama boleh dijadikan ruang berbincang dan ruang membaca, manakala ruang tamu kedua ruang untuk santai-santai bersama keluarga.


                  Ruang tamu utama kami, ada disediakan rak buku dan bahan bacaan di                                                                belakang pintu.   


                Ruang tamu kedua atau ruang santai / ruang menonton bersama keluarga. 




Ok, selain itu Homestay Al Qarni menyediakan ruang dapur yang luas beserta ruang makan yang selesa.  Peralatan kelengkapan untuk memasak juga disediakan.  Kite takyah panjang cerita, tengok gambar kat bawah ni hehehe

                                                   Keseluruhan ruang dapur 

                                           Ruang untuk memasak.. kabinet penuh

                                                           Ruang makan

   Kat sini temppat nak tunjuk skill memasak hehehe.. sambil masak leh cermin tengok                                                   muka.. bekilat dapur hehehe

Apa lagi ye.. mmmmm ooo ye tandas.  Homestay Al Qarni mempunyai 2 bilik tandas yang mana kedua-duanya boleh mandi & melepaskan hajat hehee.  Xyah gambo la ye..


Hhmmm apa lagi ye.. Oh ye kalau dah berjalan ke Seri Manjung ni mestila nak tahu tempat menarik kat sini ye..

Untuk pengetahuan anda semua Seri Manjung adalah Perbandaran di bawah Majlis Perbandaran Manjung.  Manjung adalah kawasan bandar dan juga perumahan.  Jiran terdekat Bandar Seri Manjung adalah Lumut & Sitiawan.   

Apa yang menarik di Bandar Seri Manjung.. ok jom kita tengok  

1.  AEON Mall Seri Manjung.. besar juga mallnya penat juga la kaki nak pusing habis mall ni.  Daya tarikan utama AEON Mall Seri Manjung adalah Kaison hehehe ramai yang suka ke Kaison ni macam-macam barang yang cantik-cantik untuk hiasan rumah dijual di sini. 

Hasil carian imej untuk AEON Mall Manjung

Hasil carian imej untuk KaisonAEON Mall Manjung
Kaison.  Memang rambang mata kalau masuk ke sini 

2.   TESCO juga terdapat di Seri Manjung hanya 5 minit dari homestay kami.  Agak besar juga TESCO ni.  Boleh bawa family untuk jalan-jalan shoping di sini. 
Hasil carian imej untuk TESCO manjung

3.  Pasararaya Besar GIANT.  Pasaraya GIANT juga hanya 5 minit dari homestay.  Pasaraya GIANT boleh diekses dengan kerusi roda sepenuhnya kerana hanya setingkat sahaja.  

Hasil carian imej untuk giant manjung

4.  Antara pasaraya lain yang terdapat di Seri Manjung untuk membeli belah adalah: 

     a.  Billion       b.  TF Mart        c. Rapid 

Sekarang kita ke Lumut jiran terdekat Bandar Seri Manjung.  Lumut juga dikenali sebagai BandarTentera Laut, Pelancongan dan Maritim.  Ini adalah kerana Pangkalan TLDM Lumut terletak di Bandar Lumut.   Tarikan utama di Lumut adalah pantainya..

a.  Pantai Teluk Batik.  Tempat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.  Pantainya yang cantik dan sesuai untuk mandi manda dan berkelah.  Suasana yang tenang amat sesuai untuk melepaskan tension kerja sehari-hari.  Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini.. ada yang berkelah, mandi manda, memancing, banana boat, ski, boat pusing pulau dan yang terbaru flying fish.  Moh ler menginap di Homestay Al Qarni leh ke Teluk Batik. 
Hasil carian imej untuk pantai teluk batik

Hasil carian imej untuk pantai teluk batik

Hasil carian imej untuk banana boat pantai teluk batik

Imej yang berkaitan

b.  Lumut Waterfront.  Tempat untuk keluarga beriadah. Ambil angin petang hari.. Sekarang Lumut Waterfront makin meriah dengan kehadiran para peniaga yang meniaga sepanjang jalan.  Tempat ini menjadi makin meriah pada malam harinya terutama pada malam minggu dan juga malam cuti sekolah.  Kalau bernasib baik boleh tengok live show buskers di sini. 

Hasil carian imej untuk lumut waterfront

Imej yang berkaitan

Hasil carian imej untuk lumut waterfront

Hasil carian imej untuk lumut waterfront

c.  Marina Wing Lumut.  Satu lagi tempat yang menarik harus anda kunjungi jika ke Lumut.  Anak-anak tentu gembira di sini.. boleh makan-makan, main-main dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini.  Tak yah banyak citer tengok je gambar-gambar ni: 

Hasil carian imej untuk Marina wing lumut

Imej yang berkaitan

Hasil carian imej untuk aktiviti malam hari di marina wing lumut Hasil carian imej untuk abc marina wings lumut

d.  Jeti Pulau Pangkor.  Jika anda berminat nak ke Pulau Pangkor inilah jetinya.  Anda akan beli tiket di sini, harga tiket tak mahal hanya RM10.00 shj untuk perjalan feri pergi dan balik.  Perkhidmatan feri setengah jam sekali tapi kalau musim cuti sekolah perkhidmatan feri dipercepatkan ke 15 minit sekali.  Naik feri ke Pulau Pangkor hanya makan masa selama 20 - 30 minit sahaja.  Kalau anda taknak bermalam di Pangkor pun boleh pergi balik hari. 

Imej yang berkaitan

Hasil carian imej untuk feri ke pulau pangkor+

e.  Marina Islands.   Tak pernah dengar nama tempat ni?  Haaa.. meh sini teman nak kabo.. Marina Islands ni adalah pulau buatan.  Kawasan laut yang ditambak menjadi pulau.  Macam2 ada kat pulau ni. 

Hasil carian imej untuk marina island lumut
Kat sini pun leh naik bot untuk ke Pulau Pangkor.  Perjalannya lagi singkat hanya 10 minit sahaja.  
Imej yang berkaitan
Ini pemandangan di jambatan untuk ke Marina Islands memang cantik tempat ni. 

Hasil carian imej untuk marina island lumut
Frenzy Waterpark Marina Islands.. sangat rare memang xde kat tempat lain.. 
moh ler ke sini 


Ok ler sampai sini dulu la yer untuk kali ni.. lain kali kite jumpa lagi kite citer lagi tempat-tempat menarik yang berhampiran dengan Homestay Al Qarni... Moh ler teman-teman menginap di homestay teman ni... teman jamin kome-kome pueh hati